Shopping cart

OXFORD FAJAR – Kamus Bergambar Generasi Baharu : B. Melayu – Jawi – B. Arab – B. Inggeris KSSR (Edisi Ke-10)

SKU: OF-KMS-BERGAMBAR-GEN.B-BM Categories: , , , , , ,

OXFORD FAJAR – Kamus Bergambar Generasi Baharu : B. Melayu – Jawi – B. Arab – B. Inggeris KSSR (Edisi Ke-10)

Regular Price: RM 22.00

Member price: RM 20.00

RM22.00

Out of stock

OXFORD FAJAR – Kamus Bergambar Generasi Baharu : B. Melayu – Jawi – B. Arab – B. Inggeris KSSR (Edisi Ke-10)

DETAILS:

Kamus Bergambar Generasi Baharu KSSR Bahasa Malaysia–Jawi–Bahasa Arab–Bahasa Inggeris Edisi Kesepuluh ini menyediakan bahan dan maklumat terkini yang perlu bagi murid-murid sekolah rendah bersesuaian dengan perkembangan serta kemajuan pesat yang terlaksana dalam persekitaran kehidupan di Malaysia. Entri bahasa Malaysia yang terkandung dalam kamus ini adalah hampir 3000 entri yang disusun secara sistematik dalam 104 topik di bawah 22 tema sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang sesuai dengan perkembangan minda dan tahap pengalaman murid-murid pada peringkat sekolah rendah. Edisi ini telah dikemaskinikan dengan memasukkan topik-topik dan entri-entri yang baharu yang disesuaikan dengan buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 2 (semakan) seperti topik kraftangan, topik kata majmuk dan topik kata ganda dan menambahbaikan ilustrasi mengikut persekitaran semasa dalam topik-topik yang tertentu. Demikian juga, soalan-soalan berbentuk aktiviti disediakan pada mana-mana topik yang terpilih untuk menyediakan murid-murid dengan konsep berfikir aras tinggi. Bagi meningkatkan penggunaan teknologi di bilik darjah, kamus ini turut dibekali dengan CD-ROM interaktif yang memuatkan perbualan bahasa Arab mudah, aktiviti, permainan, klip video, dan animasi bermaklumat yang dapat menarik minat murid-murid untuk menerokainya. Selain itu, bimbingan sebutan untuk entri bahasa Melayu turut diberikan bagi membantu murid-murid menyebut sesuatu perkataan dengan betul, sebagaimana Instrumen Membaca Program LINUS yang diperkenalkan di sekolah-sekolah.